ツ 18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki ツ
1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka
mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu
sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa
menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga
mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam
Islam.
2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya
adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua,
adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka
sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan
keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka.
Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.
3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah
samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab
atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu
bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia
perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah
berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada
sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka.
Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak.
Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur
dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka.
Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk
memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah
mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin
dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka.
Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh
itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda
tersendiri.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan
merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat
memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.
8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan
sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila
lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.
9. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri
anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan
bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok
bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila
mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian
di rumah.
10. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik.
Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan
pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari
yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si
dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.
11. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak
mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya.
Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan
kepercayaan pula kepada anda.
12. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan
pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu
pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik
daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
13. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak
suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah
dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan
kelembutan layanan anda pada dirinya.
14. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham.
Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu
faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka
merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan
anda mendengar luahan hatinya.
15. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga,
lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin
pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk
memimpinnya ke syurga Allah?
16. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik.
Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang
mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan
dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum
diijab kabulkan dengan anda.
17. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila
mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan.
Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat
meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar
luahan hati mereka dengan teliti.
18. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka
memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda
haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman
dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.
No comments:
Post a Comment