Thursday 25 April 2013

TUTORIAL : CHANGE YOUR SCROLLBAR


For today, aniz nk kongsi tutorial berkenaan scrollbar dengan korang semua. Tutorial ini membuat blog korang jadi kemas dan cantik. Tahu tak apa benda Scrollbar tu? Alah, benda alah yang mengawal turun naik blog korang tu lah. Kalau korang semua nak tutorial ini, meh follow tutorial ini..:)

1. Template > Edit HTML > Proceed.

2. Tekan Ctrl F serentak dan cari kod ini :
    [Kalau tak jadi, korang try satu-satu code ni ye]

/* Header
ATAU
]]></b:skin>
ATAU
a:hover {
ATAU
a:link {

3. Ada jumpa tak ? Kalau ada jumpa bagus ! Copy kod ni pula :

::-webkit-scrollbar {

height:12px;

width: 12px;

background: #000000;

}

::-webkit-scrollbar-thumb {

background-color: #FFFFFF;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
}
4. Paste code ni kat ATAS code kat step number 2.

5. Kalau dah menjadi tu, SAVE! :D

*Kalau korang nak yang bergambar, tukar code ni :background-color: #000000; kepada yang code kat bawah ni.

background: url(URL GAMBAR)

ABC : Boleh ubah kalau nak scrollbar besar.
ABC : Warna background scrollbar.
ABC : Warna scrollbar.
Nak cari warna CLICK HERE.

ツ Kata-Kata Indah ツ


  • KATA-KATA INDAH 1

• Aku ingin mencari cinta sejati yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi.

• Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.
• Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah.
• Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie.
• Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.
• Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai Allah lebih dari segalanya 
  • KATA-KATA INDAH 2

TUHAN,
lama diri ini mencari-MU,sehingga terpesong melakukan kesilapan,
siang kurasakan gelap,apatah lagi malam,

TUHAN,
terbit cahaya nun disana,
kembara aku menghampirinya..
spnjg perjalanan,byk kbenaran tentang-MU yg kutemui..

TUHAN,
aku kini bermuhasabah diri,
mencari seseorg yg mampu membantu mndekatkan diri pada-MU..
semoga ianya KAU hadirkan buat diriku
hamba-MU yg hina
  • KATA-KATA INDAH 3

"Biarpun kita menjadi tuan, kita tetap bertuhan. Biarpun kita mereka-reka, kita tetap ciptaan. Apalah kita menjadi tuan, sedangkan kita tetap hamba. Apalah guna mengangkat kepala, sedangkan kita sujud tempatnya. Lihatlah ke dalam diri, peperangan ada di sana. Tempat kita di mana? Kalau bukan di situ. Gelap dan sempit, dan fitnahnya teramat dasyat. Perjalanan yang jauh terasa perit. Berliku-liku dengan wajah yang legam. Siapakah yang mampu menolong? Kalau bukan kamu yang berasa kerdil. Lalu memencilkan jiwa dalam pandangan-Nya. Lalu tunduk sujud mewalangkan diri. Lalu pulang ke pangkuan-Nya..."
  • KATA-KATA INDAH 4

berikan aku ruang yang sedikit meskipun sempit utk kamu mengingati aku dan aku akn selalu mengingatimu.
  • KATA-KATA INDAH 5

Pertemuan kta telah diatur di langit dan kita di bmi telah melakukannya sebagaimana kehendak takdir.
  • KATA-KATA INDAH 6

"cinta kpd Allah, itulh cnta abadi.Berpgg pd rsa cnta suci itu,maka p'mainn dunia sdah tdak b'mkna apa2, bahkan tiadalah ia dpt menggugh apa yg dprcaya.Dunia ibrt bgkai.Seumpama stts air brbndg seluas lautan.Seluas lautn itulah akhirat.Plhn hnya dbri smsa kta msh hdup.Apb tlh mati,mka plhn i2 terttp dan yg kta bwa hnyalah iman & taqwa..." 
  • KATA-KATA INDAH 7

 " Hati yang tulus ikhlas pasti menemui kebenaran biarpun kebatilan tersembunyi jauh ke dasar jiwa " 
  • KATA-KATA INDAH 8

Rupa-rupanya.....hidup selepas mati,jauh lebih panjang dan lama,berbanding hidup sebelum mati.
  • KATA-KATA INDAH 9

Meski aku tak sempurna dari sudut pandanganmu,pandanglah aku dari sudut lain.Dari sudut MATA HATImu..
  • KATA-KATA INDAH 10

 Orang yang buta mata hatinya takkan nampak kebenaran selagi benteng kebatilannya masih menutupi hatinya.
Kembali pada yang asal.Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan hidup.
Jihad Fisabililah yang utama.Minta Allah s.w.t sentiasa beri petunjuk.Amin.
  • KATA-KATA INDAH 11 

Tiada yang mustahil bagi Allah.
Jika Dia menghendaki maka ia akan terjadi.
Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.
  • KATA-KATA INDAH 12

Usahlah dipinta mudahkan urusan,tp pintalah besarkan tabah. Usahlah dipinta kecilkan ujian tp pintalah besarkan iman. kerana ketabahan dan keimanan itu adalah sesuatu yang sukar..maka jangan sesekali melepaskn ia pergi menjauh dari kita..jagalah ia dengan rasa ketaqwaan dan kesabaran..insyaALLAH..kita akn dapat merasai cinta kepada ALLAH yang melimpah di ruang hati..
  • KATA-KATA INDAH 13

 Di dunia,anda boleh terlepas bebas,namun di akhirat anda tidak boleh lari.Cukuplah dengan kenyataan bahawa anda dan saya akan mati suatu hari nanti. 
  • KATA-KATA INDAH 14

 "Jangan Melihat Siapa Yang Berkata-Kata,Tapi Lihatlah Apa Yang Diperkatakan.." 
  • KATA-KATA INDAH 15

Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI dari mana kita belajar IKHLAS
Jika semua yang kita impikan segera TERJADI dari mana kita belajar erti SABAR
Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN bagaimana kita dapat belajar erti IKHTIAR
Jika hidup kita selalu BAHAGIA bagaimana kita dapat kenal Allah lebih DEKAT
YAKINLAH dan PERCAYA segala ketentuanNYA adalah TERBAIK untuk kita..
  • KATA-KATA INDAH 16

 Doa adalah senjata umat Islam,
Tiang penyokong agama,
Serta cahaya langit dan bumi.
  • KATA-KATA INDAH 17

Bila melihat alam yang indah, tidak terasa kebesaran Allah.
Bila mendapat kesusahan, tidak terasa dirinya hamba.
Nikmat yang datang tidak terasa dariNya, Bahkan sepatutnya rasa malu kepadaNya, kerana anugerahNya kepada kita.
Membuat dosa tidak ada kekesalannya, bahkan dilupakan saja. Menyebut Neraka tidak terasa gerunnya, menyebut Syurga tidak merasa apa-apa.

Ini menunjukkan jiwa sudah mati atau sudah buta hati.
  • KATA-KATA INDAH 18

 "Barangsiapa yang menginginkan pelindung, maka Allah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan teladan, maka Rasulullah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan pedoman hidup, maka Al-Qur’an cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan peringatan, maka kematian cukup baginya.
Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu, maka neraka cukup baginya."
  • KATA-KATA INDAH 19

Jadikanlah Al-Quran itu Surat Cintamu,
Jadikanlah Solat itu penghubung dengan Tuhanmu,
Jadikanlah Zikir itu Kerinduanmu,
Dan Jadikanlah Mati itu Pertemuan Pertama Dengan Kekasihmu.
  • KATA-KATA INDAH 20

"Dalam ketenangan ada keresahan,
Dalam keresahan ada kekalutan
Dalam kekalutan ada DIA,
Untuk mengadu dan mengharap "
  • KATA-KATA INDAH 21

"Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....” 
  • KATA-KATA INDAH 22

Tiada Harapan Selain Allah s.w.t
Tiada Idola Selain Rasulullah s.a.w
Tiada Kata Seindah Al-Quran
Tiada Jalan Selurus Sunnah
Tiada Perjuangan Selain Islam
  • KATA-KATA INDAH 23

"Letakkan dunia di telapak kakiku, biar kupijak. Simpankan akhirat dalam jiwaku biar kurindu. Sisipkan Cinta dalam hidupku biar aku menjadi aku. Langit tunggu kutawan, bumi tunggu kulakukan perubahan" Perjalanan yang jauh, yang masih menungguku.. apakah yang akan terjadi pada masa hadapan...
  • KATA-KATA INDAH 24

Hindarkan derita
Hindarkan sengketa
JANGANLAH TERPEDAYA
MARILAH BERSAUDARA !!

Wednesday 24 April 2013

TUTORIAL : BURUNG TWITTER TERBANG MELAYANG DI BLOG


Burung twitter sangatlah comel.
Lagi comel kalau dia terbang.
Jika anda berkunjung ke blog saya ini, anda akan melihat seekor burung yang selalu tampil, terbang malayang-layang ke mana pun kita pergi. Korang Nampak tak ada burung terbang di blog saya? Hari ini saya kongsi tutorial cara nak buat burung twitter terbang melayang di blog !!
1. Sign in blogger > Design > Add Gadget > Html/JavaScript
2. Copy code di bawah dan paste ke dalam Html/Java Script

<script type="text/javascript" src="http://imemovaz.googlecode.com/files/tripleflap.js"></script><script type="text/javascript">var birdSprite="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKvtuy7GPJqXgDHJSfp7vrc_dI2EwsmnxucJ6JE7_QvJTD3cBecT5LitPrQgRnFUz84Ss18yVf01pQflvUDsgzeQL58IY52oFObH4ahivVo6s0heZ_PicHjl6jq2bCHSMiaAyv6h9Mjuzc/s1600/birdsprite.png"; var targetElems=new Array("img","hr","table","td","div","input","textarea","button","select","ul","ol","li","h1","h2","h3","h4","p","code","object","a","b","strong","span"); var twitterAccount = "http://twitter.com/c_cute72"; var tweetThisText = "Twitter - xversailezhttp://aniz93.blogspot.com/";tripleflapInit();
</script>

Pink : Gambar burung twitter korang . Kalau nak tukar gambar lain boleh tengok gambar bawah ni.
Merah : Gantikan dengan name twitter korang .
Biru : Gantikan dengan url blog korang .
3. Lepas itu SAVE dan tengoklah burung twitter terbang gembira di blog korang.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKvtuy7GPJqXgDHJSfp7vrc_dI2EwsmnxucJ6JE7_QvJTD3cBecT5LitPrQgRnFUz84Ss18yVf01pQflvUDsgzeQL58IY52oFObH4ahivVo6s0heZ_PicHjl6jq2bCHSMiaAyv6h9Mjuzc/s1600/birdsprite.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXO2QpIdHNnMieWnbcg2qgj6Z1WmnB0Pz0vhHf7ooikvQmnqy_p88MUzp4S4nYu_2DCZmg_1N2qYqKgxYoiuvDeW_14r7JtppgOdAywWV-Lz3CxewaUojiSQJlDK8A9kGknYNBM9gizckE/s1600/green.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0QvF7sJNL6ds6682Fq0sYegOApcrcPftbRn3WVltJh1Y-ho46yqHyH3_5nUc_-Luh_43ToTWL1iHw3MUtNs0F5MXrSeBi0q_TN4A13PMCalY6WpYj2xIvG1djw14U8_J82gqgJOuiYAh2/s200/blue.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhX3y4IYNxVg0aFKBMDHwIK3u2yATtMQgjvvoqAT4sTtxFujxLtLG3XnEFfdMcX41SnImd7e06NRrztmTHr1FUMbaTOIAATx4YUOR1vgzHrLs4VI5AIW1wdLBZf2nt_5iHX3IH91fe8xwgS/s200/pink.png


http://4.bp.blogspot.com/wBxVv0pnUXk/TZTPaPQnLlI/AAAAAAAAAWw/mG0WP4R0fUs/s200/purple.png



http://i1013.photobucket.com/albums/af252/sleman234/red.png


http://i1013.photobucket.com/albums/af252/sleman234/Blue.png


http://i1013.photobucket.com/albums/af252/sleman234/brown.png


http://i1013.photobucket.com/albums/af252/sleman234/black.png




http://i1013.photobucket.com/albums/af252/sleman234/white.png

TUTORIAL : TUKAR BULLET KEPADA ICON COMEL



Ok lah . Hari ni terajin sikit nak buat tutorai blog . Dan tutorial kali ni terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk tukarkan bullet hitam biasa kepada icon yang comel lagi cute .  Cute je kan bila tukar bullet-bullet tu sume jadi icon comel.. Jom follow tuto lagi!!

1. Dashboard > Template > Edit Html > Proceed > Tick Expand Widget Template

2. Tekan Ctrl F serentak dan cari kod ini :

]]></b:skin>

3. Ada jumpa tak ? Kalau ada jumpa bagus ! Copy kod ni pula :

.post ul li {
    line-height: 1.4em;
        background: transparent url(URL ICON UNTUK BULLET) no-repeat scroll 0px 4px;
    margin: 0.3em 0;
    padding: 0 0 0.8em 20px;
}

4. Paste di bahagian ATAS kod yang korang cari tadi tu .

*Warna merah : Korang masukkan URL BULLET . Kat mana nak dapatkan icon yang comel ?

5. Korang boleh pergi KE SINI !!

6. Preview dulu, kalau takde error baru save.

ツ 18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki ツ


1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.
2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.
3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.
 
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.
8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.


9. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.
10. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.
11. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.
12. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
13. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.
14. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.
15. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?
16. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
17. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
18. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.








ツ Ciri-Ciri Sahabat Sejati ツ

Selari dengan hadis Rasulullah yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (Hadis riwayat Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?  Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantu kamu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
  • Dia mendorong kamu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.



SUMBER DARI INTERNET


Fully Design By Cik Aniz | For CIKANIZ 2013 ©| Best View: Google Chrome